Friday, February 16, 2007

MEMBINA RASA CINTA



Sinopsis :


Cinta selalu dikaitkan dengan kecantikan, padahal antara cantik dengan rapi itu berbeza. Mempunyai susuk tubuh yang menarik satu keperluan tetapi ia bukan elemen wajib untuk menggapai kekaguman orang. Kerapian lebih diperlukan daripada kecantikan tubuh dan wajah. Ini bermakna bahawa cinta sebenar bukanlah pada sekujur wajah tapi keseluruhan anda.


Yakinilah, setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yang kita faham adalah ukuran manusia. Ukuran ALLAH amat berbeza malah jauh sekali daripada ukuran yang kita buat. Cinta pula lahir bersama lahirnya manusia. Ia satu perasaan yang sukar dimengerti. Anda tidak boleh lari dari cinta kerana semakin anda cuba menyendiri semakin ia datang menghampiri.


Kita selalu gagal merangsang diri sendiri dengan keyakinan yang padu, padahal hidup itu sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut - hati, perasaan, emosi, kemahuan, kehendak, cita-cita, azam, usaha, pemikiran dan segala macamnya lagi. Kesemua ini membawa pada kesepaduan cinta.


Buku ini 'wajib' kepada setiap yang sedang bercinta, bakal bercinta mahupun untuk mewarnai kembali cinta anda yang telah hambar. Ia memberi panduan kepada anda untuk bercinta dan menikmati cinta dalam erti katanya yang sebenar. Cinta mudah diucap tetapi sukar dibina. Binalah motivasi diri melalui cinta, lantaran cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.


Harga : RM 15.00
Halaman :320