Friday, February 16, 2007

JANGAN TIDAK-TIDAK



Sinopsis :
JANGAN TIDAK-TIDAK meneruskan pendekatan santai, mesra tetapi berkuasa motivasi cara 3E (ExtraMile, ExtraMild dan ExtraMind). Berteraskan teladan dan pengalaman, pendekatan ini mampu mengubah minda masyarakat daripada pesimis kepada optimis.


Harga : RM 10.00
Halaman :

MEMBINA PERIBADI ANGGUN



Sinopsis :


Siri buku ini merupakan remedi yang pasti memberi kelegaan kepada para wanita. Sama ada anda masih bernama gadis mahupun telah berpunya, buku ini amat sesuai dijadikan panduan. Tidak kira apakah anda sedang diulit bahagia atau digelut derita, buku ini adalah pilihan terbaik wanita masa kini kerana ia ibarat teman yang amat memahami.
Jika mahukan pagi yang ceria, usahakan seawal malam menjelang. Jika mahukan ketenangan dan kebagusan seawal matahari terbit, usahakan emosi yang cemerlang sebelum melayani malam. Itulah antara mutiara yang menjadi teras kekuatan buku ini. Ia santai, mendidik, mengajar dan mengingatkan. Pendekatan yang digunakan amat sesuai lagi matang.

Harga : RM 15.00
Halaman :320

NAK KE TAK NAK



Sinopsis :
'Nak Ke Tak Nak' membawa satu kelainan dalam dunia motivasi tempatan. Jika sebelum ini Dr. Tuah lebih cenderung kepada fakta dan kajian, kali ini beliau memaparkan konsep lebih ringan dengan cara pengolahan yang santai.


Apa yang menariknya, kebanyakan bab berpaksikan kisah-kisah benar berteraskan teladan dan pengalaman yang boleh meningkatkan lagi tahap motivasi diri anda.


Selain itu, buku ini juga memberi peluang kepada individu untuk membina keyakinan diri dan kejayaan tanpa rasa takut untuk gagal. Gagal itu mungkin membuka peluang untuk kejayaan yang lebih besar.


Harga : RM 10.00
Halaman :320

MEMBINA RASA CINTA



Sinopsis :


Cinta selalu dikaitkan dengan kecantikan, padahal antara cantik dengan rapi itu berbeza. Mempunyai susuk tubuh yang menarik satu keperluan tetapi ia bukan elemen wajib untuk menggapai kekaguman orang. Kerapian lebih diperlukan daripada kecantikan tubuh dan wajah. Ini bermakna bahawa cinta sebenar bukanlah pada sekujur wajah tapi keseluruhan anda.


Yakinilah, setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yang kita faham adalah ukuran manusia. Ukuran ALLAH amat berbeza malah jauh sekali daripada ukuran yang kita buat. Cinta pula lahir bersama lahirnya manusia. Ia satu perasaan yang sukar dimengerti. Anda tidak boleh lari dari cinta kerana semakin anda cuba menyendiri semakin ia datang menghampiri.


Kita selalu gagal merangsang diri sendiri dengan keyakinan yang padu, padahal hidup itu sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut - hati, perasaan, emosi, kemahuan, kehendak, cita-cita, azam, usaha, pemikiran dan segala macamnya lagi. Kesemua ini membawa pada kesepaduan cinta.


Buku ini 'wajib' kepada setiap yang sedang bercinta, bakal bercinta mahupun untuk mewarnai kembali cinta anda yang telah hambar. Ia memberi panduan kepada anda untuk bercinta dan menikmati cinta dalam erti katanya yang sebenar. Cinta mudah diucap tetapi sukar dibina. Binalah motivasi diri melalui cinta, lantaran cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.


Harga : RM 15.00
Halaman :320

MEMBINA HATI BAHAGIA



Sinopsis :
Wanita adalah penyeri kehidupan. Mengapa tidak anda mantapkan hati dan membina kcemerlangan hidup berumah tangga bersama si dia yang telah anda pilih dan merelakan diri untuk bergelar suami atau isteri melalui lafaz ijab dan kabul.


Yakinilah pasangan anda adalah yang terbaik buat anda dan tiada orang yang lebih baik daripadanya.


Sebuah buku motivasi yang perlu dimiliki semua!


Harga : RM 15.00
Halaman :320

MEMBINA JATI DIRI GEMILANG



Sinopsis :
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj dengan Formula 3EM (Extra Mile, Extra Mild dan Extra Mind) telah berjaya menampilkan satu bentuk motivasi tersendiri untuk masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu.


Kaedah selamba tetapi berkuasa ini amat sesuai membangkitkan keupayaan berfikir, bertindak seterusnya membentuk semangat dan jati diri demi kegemilangan. Sasaran motivasi DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj ialah satu gerakan di hati, seterusnya menggerakkan aliran yang tepat pada minda yang padu dan akhir sekali keseluruhan tubuh untuk bergerak dan bertindak. Matlamat 3EM ialah kejayaan dari sudut duniawi dan ukhrawi.


Buku ini menggabungkan pemikiran motivasi berteraskan teladan dan pengalaman tersendiri DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj sebagai pengasas 3EM. Formula ini telah sampai ke masyarakat dunia dengan peranan yang dimainkan oleh AU Foundation, United Kingdom.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj menerima anugerah The Outstanding People of the 20th Century Award dari International Biographical Centre, England pada tahun 1999 dan telah dilantik menganggotai The Research Board of Advisor oleh American Biographical Institute, Amerika Syarikat pada tahun 2000. Beliau adalah orang pertama di Malaysia mencipta Bitaqah Yaumiyah dan pencapaian ini termaktub dalam Malaysia Book of Records.


Perunding motivasi di Radio Malaysia Selangor, TV1, TV3, Astro dan 18 buah majalah terbitan KKSB, beliau adalah penerima Anugerah Belia Negara pada tahun 1999. www.drtuah.com


Harga : RM 15.00
Halaman :320

MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG



Sinopsis :
Binalah angan-angan yang cemerlang untuk mencapai kejayaan. Membimbing pembaca menjadikan angan-angan sesuatu yang berharga dan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup.
Angan-angan yang terarah dan cemerlang telah menjadikan ramai manusia berjaya dalam hidupnya.

Anda juga boleh berjaya hanya dengan angan-angan!
Satu-satunya buku motivasi Melayu yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.


Harga : RM 15.00
Halaman :320

Wednesday, February 14, 2007

BIAR BETUL-BETUL

Sinopsis

Buku motivasi ini bersifat santai dan memudahkan para pembaca memperoleh pendekatan yang bersahaja tetapi memberi manfaat. Seperti buku-buku motivasi yang lain, beliau lebih suka mengajak para pembaca membina ilmu dan berfikir berteraskan teladan dan pengalaman melalui kisah-kisah benar.

Nak buat sesuatu, biarlah betul-betul untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Itulah yang ingin beliau sampaikan dalam buku motivasi terbaru ini kerana beliau berpendapat bahawa manusia ini kurang berdisiplin dalam pemikiran dan perlakuan.

Selain itu, buku ini juga memotivasikan para pembaca agar sentiasa yakin kepada diri sendiri, menjadi manusia yang berguna dan sentiasa berfikiran positif. Kesalahan yang pertama yang pernah dilakukan boleh dibaiki kerana peluang kedua sentiasa terbuka.

Pengarang : Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Kandungan : 320 m.s
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM10.00