Tuesday, April 24, 2007

MeMBINA PERIBADI MUSLIM



Sinopsis : MEMBINA PERIBADI MUSLIM


Membina Peribadi Muslim adalah sebuah buku yang boleh menjadi panduan setiap Muslim dalam menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Buku ini menyoroti beberapa konsep yang menjadi panduan serta bimbingan kepada umat Islam agar sentiasa melatih diri ke arah kehidupan yang diredhai. Zikir berupaya menjadi terapi kegundahan jiwa di samping menghembus ketenangan hati dalam mengharungi pentas kehidupan. Begitu juga dengan muhasabah diri sebagai pelengkap yang menjadi teras kecemerlangan dalam membentuk jati diri individu terbilang.


Tiada suatu yang lebih berharga pada diri seseorang Muslim itu melainkan akhlak yang terpuji kesan daripada didikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w dalam jiwa umatnya. Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah akhlak al-Quran. Sepatutnya, al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang gemilang dan cemerlang itu dijadikan sumber rujukan dalam menjejaki keterampilan akhlak yang luhur agar ia dapat mewarnai kehidupan manusia sejagat.
Buku kecil ini sewajarnya dimiliki oleh semua lapisan masyarakat ke arah melahirkan generasi al-Quran yang unik.

Pengarang:Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Halaman:208
Terbitan:Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 7.00

Monday, April 23, 2007

DON'T BE SAD - JANGAN BERSEDIH


PENGARANG : DR. 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI
TERBITAN : AL-HIDAYAH PUBLISHER

HARGA : RM 35.00 (KULIT NIPIS)



Buku ini merupakan hasil kajian yang sungguh-sungguh dari penulis, yang tuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, kepumsasaan. hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi. Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan tersehut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk Martin Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan. serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahahat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para panyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hiknah dan tuntutan para ulama.

Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberapa hasil karya ilmiah dari para ilmuan Timur dan Barat terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari herhagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya. Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringkas. Ringkasnya. buku ini akan mengalakun kepada anda: "Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan janganlah bersedih."